Sticky Post

Klik laju-laju link bawah nie
>>> Level 1 | Level 2 | Level 3 | Level 4 <<<

Rabu, November 11

Doakan Kesihatan Emak Saya

Assalamualaikum wbt,

Post kali ini bukanlah semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai, juga bukan untuk mendapat belas ihsan daripada sesiapa. Sekadar secebis doa untuk emak saya yang mula disyaki mengalami kanser payudara.

Baru-baru ini, emak saya ada mengadu akan kesakitan yang beliau alami kepada akak saya. Kebetulan, akak saya pulang ke kampung kerana suaminya ada urusan kerja di Kuala Lumpur. Akak nasihatkan supaya emak saya pergi menjalani pemeriksaan di Hospital Segamat. Sesampainya di sana, doktor mengesyaki emak saya mungkin mengalami kanser payudara. Doakan emak saya dijauhkan daripada penyakit ini.

Beliau menasihatkan agar emak saya pergi menjalani pengimbasan di hospital-hospital terpilih. Alhamdu Lillah, kerajaan ada memberikan subsidi bagi wanita yang berumur lebih 40 tahun untuk menjalani sesi pengimbasan ini. Emak saya hanya perlu membayar RM40 bagi sekali pengimbasan. InsyaALLAH, pada hujung minggu ini, emak saya akan menjalani pengimbasan di Hospital Cheras. Doakan emak saya dijauhkan daripada penyakit ini.

Sementara menunggu sesi pengimbasan dijalankan, ayah saya membawa beliau berubat cara kampung. Dalam seminggu, emak dan ayah saya terpaksa berulang-alik berubat ke Muar (perjalanan memakan masa hampir 1 jam setengah) bagi 3 kali sesi berubat. Saya telefon emak, emak kata kurang lah sikit sakitnya. Legalah sedikit hati saya mendengarnya. Cuma, penghujung perbualan kami, dalam nada yang agak sedih, emak ada cakap, "...Angah doakan mak ye, supaya sihat-sihat dan tak jadi apa2..."

Saya sedih, sebak dengan permintaan emak saya. Ya, emak saya tidak pernah meminta apa-apa daripada saya, cuma kali ini, emak saya mengharapkan secebis doa untuk kesejahteraan beliau. InsyaALLAH, selagi hayat Angah dikandung badan, Angah akan jaga emak sampai bila-bila.

"Doakan emak saya dijauhkan daripada penyakit ini"

P/s: Saya tidak akan tahu emak saya sakit kalau bukan akak saya yang beritahu. Kata emak pada akak saya, dia tidak mahu saya risau, nanti pelajarannya terabai.

P/p/s: Kawan2, harap dapat doakan agar emak saya kembali pulih seperti sedia kala.




"...Ya ALLAH, anugerahkanlah ke atas kami, wahai Tuhan kami penawar kepada penawar-MU, dan kesembuhan daripada kesembuhan-MU, juga keberkatan daripada keberkatan-MU, juga rahmat daripada rahmat-MU terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit, juga mereka yang lemah, dan sembuhkanlah, sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmat-MU, Ya ALLAH wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani..."



14 Lakaran:

kiera-fishies berkata...

sabar abg nash~
=)

Nash™ berkata...

yup, ade hikmah utk abg nash..~
doakan ye~

eVy-D-YaNa berkata...

InsyaAllah, a,nash~

smoga semuanya baik2 ja..

Nash™ berkata...

insyaALLAH~

imam berkata...

banyakkan berdoa supaya ibu saudara cepat sembuh...
saya amat kagum dgn saudara..
ibu adalah segala2 nya..
saya mendoakan ibu saudara ceppat sembuh dan sihat seperti sedia kala

didie berkata...

sama2 kita doakan..

tabah ye nash.

Nash™ berkata...

tq didie...
smga kalian semua dirahmati ALLAH s.w.t

Nash™ berkata...

@imam-> trima kasih...js mereka tak terbalas...sya cba stakat mmpu utk emak saya..

nss berkata...

semoga emak kamu sihat walafiat...sentiasalah di sisi nya kerana saat ini dia amat perlukan sokongan dan semangat dari kamu...

Nash™ berkata...

sya akan sntiasa hbngi emak sya, tanye khabar nye..

tadi bru saja call, katenye dah kurang sikit dah...

anyway, thnx nss~

Nuriman berkata...

imam? eh skoolmate aku pon wish jgak. Memang MISC sejati la korang hahaha. Nash bile next nak blanje aku nih

Nash™ berkata...

@ nuriman aka tukiman ->

tq man. eh, skulmet hang MISC scholar ke?

Aku rse persoalan mngenai blanje, harus ditanyekan kpd diri hang..~ ;D

Nuriman berkata...

aah, imam tu skoolmate aku. MISC, aku rase batch ko same2 kene basuh dgn die. Skarang ni die jd driver je.

takde hal la weh takat blanje2 air kosong, before aku balik jom pekena air kosong kat restoren2 mahal.

armouris berkata...

info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara

Related Posts with Thumbnails

Subscribe via email

Anda nak dapatkan update blog ini terus ke emel anda? Masukkan je alamat emel anda kat bawah ni:

Dibawakan oleh FeedBurner