Khamis, Disember 17

Rendam di Kolam Air Panas Selayang

Assalamualaikum wbt,

Seminggu saya berada di Kuala Lumpur, tinggal di rumah pakcik Kampung Laksamana. Sempat juga pergi merasa berendam di Kolam Air Panas Selayang dengan Abg Amin a.k.a Abg Boy. Kebetulan pula, saya baru saja selesai diurut. Bila dapat berendam kat sini, memang lega and ringan walaupun berat saya 80kg je badan.


Lokasi kolam air panas "Selayang Hot Spring". Sumber Malaysia Central & TV Smith

Yang saya dengar, banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada mandian kolam air panas. Ada orang kata, sama ja mandi air panas kat rumah. Eum,  pada pandangan peribadi saya, mandian dari sumber yang asli, direct dari sumber semulajadi, lebih berkesan.

Suhu air antara 30 °C dan 60°C, dengan kandungan sulfur yang tinggi di kolam air panas tersebut menjadikan kolam ini tempat yang sering dikunjungi orang ramai. Antara faedah yang boleh diperolehi apabila melakukan mandian di kolam air panas adalah:
  • Mengubati pelbagai jenis penyakit kulit seperti panau, kurap, gatal-gatal, kudis buta dan sebagainya.
  • Mengubati sakit lenguh-lenguh badan dengan merendamkan diri di dalam kolam air panas. (Sumber Sahabat Interaktif)

Ni la kolam yang mempunyai suhu air panas paling panas di kawasan tu. Paling best, saya and abg amin 1st time datang terus try kat kolam tu. Ingatkan semua suhu sama ja. Isk2..

So, cmne? Ada brand? Gi la kalau berkesempatan. Ceh dah macam promote Cuti-cuti Malaysia la pulak. Hehe, takpe, kan bagus kalau semua tau pasal lokasi best2 camni...





Selasa, Disember 15

Saya Wakil Negara?! Wow!

Assalamualaikum wbt,

Amacam? Terkezut tak tengok tajuk? Betul ke saya wakil negara? Haha, xdelah. Just nak share something extra special mengenai nama saya, Mohd Nashriq bin Zulkefle.

Smalam (Isnin malam), ada lepak kat warung mamak dengan my uncle, sambil tengok perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Laos. Alhamdu Lillah, Malaysia menang 3-1 menumpaskan Laos. Tambah manis lagi, skuad negara berjaya menumbangkan skuad gergasi, Thailand pada peringkat suku akhir.

Sedang syok tengok perlawanan secara live tu, tiba2 nampak nama salah seorang pertahanan negara, "Nasriq". Hoh, secara spontannya aku sengih sorang2. Dalam hati, "huhu, bangge2~!"... <-- Kompem korang meluat nak muntoh jeles kan? Hehe

Disebabkan nama Mohd Nasriq bin Baharom, bek kanan skuad bola sepak negara lebih kurang ngan nama saya, dengan ini saya ceritakan sikit2 mengenai beliau:


Nasriq Baharom (Kiri)

  • Nama penuh Mohd Nasriq bin Baharom
  • Tarikh lahir 8 Februari 1987 <--- sebaya saya lak tu, dekat2 ngan tarikh lahir saya, 31 Januari 1987
  • Nama panggilan Eric oleh rakan-rakan <--- haaa! ada gak member2 yang bergurau dengan pggil saya Eric kadang-kadang saya promote gak nick eric ni klu ada sesi ice breaking. hehe
  • Nak tahu lagi sape beliau? Jom2 singgah kat website Selangor FC.
So, bila lagi ye saya nk wakil negara? Eum, xpelah, stiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Tidak mewakili negara bukan bermaksud tidak cintakan negara dan bangsa sendiri. Setiap di antara kita ada tanggungjawab dan amanah yang harus digalas. Mungkin sumbangan Nasriq Baharom dalam dunia bola sepak, mungkin saya berlainan pula halnya... Betul x?

Masa praktikal pun ada seorang student UTM kalau x silap, duty report kat MISC (tempat saya praktikal). Time nie, staff yang uruskan hal-hal student yang praktikal, hampir2 keliru dengan saya dan student tu. kalau x silap, nama dia Mohammad Nashriq.

Nak tau maksud nama "Nashriq"? Setelah tanya2 rakan2 foreigner yang faham bahasa Arab ni, and sedikit rujukan dari guru-guru yang ajar agama time sekolah, depa kata, maksudnya "Yang Menyinar". InsyaALLAH, walaupun kulit saya tidaklah seterang yang berkulit putih hitam-hitam manis, saya akan cuba sinari kehidupan saya dengan sebaik-baiknya. :)

P/s: Ingatkan nama saya satu je kat dunia ni...huhu~


Isnin, Disember 14

KWD IPT Kebangsaan Kali Ke-3, Bukti Kesatuan Hati



Assalamualaikum wbt,

Alhamdu Lillah, semalam selesai sudah Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan Kali Ke-3 yang telah diadakan di UiTM Puncak Alam pada 12 dan 13 Disember 2009. Huhu, xmo explain panjang2, berikut adalah keputusan bagi skuad KWD IPT Negeri Perak:

  • 1 Emas - Kategori 4 Puteri
  • 1 Perak - Kategori 1 Puteri
  • 3 Gangsa - Kategori 1 Putera, Kategori 2 Puteri, Kategori 2 Putera
Tahniah diucapkan kpd rakan2 skuad KWD kali ini. yang telah sama-sama memberikan komitmen, walaupun perit dugaan yang dilalui oleh peserta kalian. Walaupun banyak hal-hal pengurusan yang kadangkala "menghangatkan suasana" di antara kita, pesanan Guru kita, "biar berpecah di mulut, jangan berpecah di hati" tetap kita jaga.

Meh jenguk2 pic selepas upacara penyampaian hadiah dijalankan:


Mahasiswa Berjiwa Panglima! 3 orang pengurus pasukan: Khairi, Rambo, Abg Nazri




Skuad PSSCM IPT Negeri Perak yang diwakili oleh ahli-ahli dari PSSCM UTP, PSSCM UiTM Seri Iskandar dan PSSCM PUO.


Posing dengan 3 orang pengurus yang P.O.W.E.R!



Skuad Putera (Gabungan UTP + PUO + UiTM Seri Iskandar) - Menang 1 Gangsa Kategori 1, 1 Gangsa Kategori 2
Duduk dari kiri: Awie, Kord, Wan, Ustaz
Berdiri dari kiri: Syahmi, Hashim, Izuddin, Rambo (Pengurus), Aku, Ipe, Jawe


Skuad Puteri (Gabungan UTP + PUO) - Menang 1 Emas Kategori 4
Dari kiri: Shafa, Afika, Bell, Kinah, Furqan, Abg Nazri (Pengurus), Siti, Wani, Zai, Fatehah, Fizah



Skuad Puteri (Gabungan UTP + UiTM Seri Iskandar) - Menang 1 Perak Kategori 1, 1 Gangsa Kategori 2
Dari kiri: Iza, Hani, Asmat, Sab, Wani, Khairi (Pengurus), Zati, Zakiah, Fana, Syida, Aida



Jeng jeng jeng... Ni moment paling best... Dapat tangkap gambar kat barisan depan sekali. Cuba cari mane saya! :)

Eum, pueh x tengok gambar2 nie? Kalau x pueh, gi klik kanan n save image as kat komputer korang. Hak3..

Kalau nak story yang lebih panjang mengenai proses sepanjang latihan sehinggalah ke akhir pertandingan, korang tunggulah entri seterusnye ye. Macam-macam peristiwa berlaku sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Boleh wat novel lagi nie... Xpun movie macam cerita Rocky ke. Hak3... :)

P/s: Kalau korang rase, kenangan nie best, sila jangan segan2 nak komen. Hehe


Related Posts with Thumbnails